Followers

Wednesday 30 May 2012

"DaSaR ApaRtEid"-MemEcaH-BElahkan Kaum

Hullo..haha...okeY..pada hari ni kami nak memberi sedikit info tentang dasar apertied...(eh...ap mende tu??)...dasar apertied ni merupakan suatu bentuk isu perkauman yang mana telah mewujudkan jurang antara kaum...Asal-asal wujudnya dasar ini ialah di Afrika Selatan yang mana orang kulit putih di negara itu telah mendiskriminasi orang kulit hitam disana..nk tau lg??bace smpai abis la....
Definisi Aperteid


Aparteid bermaksud penyisihan dalam bahasa Afrikaans. Di Afrika Selatan, aparteid merujuk kepada pemisahan kaum kulit putih dari kaum bukan kulit putih. Hendrik Frensch Verwoerd iaitu perdana menteri Afrika Selatan ke-7, terkenal sebagai arkitek aparteid dan telah melaksanakannya secara berleluasa sewaktu pemerintahannya. Dalam dasar Aparteid, kaum bukan kulit putih dianggap sebagai lebih rendah dan diberi layanan kelas kedua dari segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan. Semua bentuk diskriminasi perkauman adalah sah dari segi undang-undang dan undang-undang telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah kulit putih untuk memastikan kekuasaan atau dominasi mereka ke atas kaum majoriti iaitu kaum kulit hitam.

Dasar ini telah dilaksanakan dalam beberapa siri undang-undang perkauman di Afrika Selatan antara tahun 1948 hingga 1991. Dibawah dasar ini, rasisme telah dibenarkan dan ia menyentuh segala aspek kehidupan termasuklah larangan perkahwinan antara kulit putih dengan bukan kulit putih, tempat larangan untuk bangsa bukan kulit putih dan pekerjaan yang dikhaskan untuk orang berkulit putih sahaja. Kaum kulit hitam telah dipindahkan secara beramai-ramai ke beberapa buah "negara" yang dipanggil bantustan atau "homelands", supaya mereka hilang hak mengundi dan hak kerakyatan yang lain. Tindak-tanduk regim Aparteid jelas sekali bertentangan dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia.

Pada 1950, Akta Pendaftaran Penduduk menghendaki semua penduduk Afrika Selatan untuk diklasifikasikan kepada tiga kumpulan: putih, hitam (orang Afrika), atau berwarna (darah campur). Kumpulan berwarna termasuklah kumpulan India dan Asia. Jabatan Dalam Negeri adalah bertanggungjawab dalam menentukan klasifikasi ini dilaksanakan. Mereka yang menentang undang-undang perkauman akan dikenakan hukuman yang teruk. Semua penduduk kulit hitam diwajibkan membawa "pass book" sejenis kad pengenalan yang mengandungi cap jari, foto dan maklumat lain untuk memasuki kawasan kulit putih. Peristiwa berdarah di Sharpeville pada Mac, 1960 adalah disebabkan penentangan warga kulit hitam terhadap undang-undang tersebut. Lebihkurang 69 pemberontak terkorban sewaktu rusuhan itu.

Dasar aparteid akhirnya dimansuhkan pada 1994 apabila Nelson Mandela menjadi presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan. Namun demikian sehingga ke hari ini, kesannya telah mengakibatkan jurang pendapatan yang sangat ketara di antara kaum kulit putih dengan kulit hitam di negara ini.


SejaRah Aparteid


Polisi apertied mula dilaksanakan setelah Parti Nasionalais Afrika yang dibarisi oleh majoriti orang-orang kulit putih memenangi pilihan raya yang telah dianjurkan. Sebaik sahaja memegang tampuk pemerintahan Parti tersebut telah memperkenalkan polisi Aparteid. Ini adalah kerana mereka ingin memperkukuhkan kuasa mereka dalam pemerintahan sekaligus menguasai ekonomi dan sosial di Afrika selata(jahat giler!!)...Jadi dengan ini mereka dapat menguasai sepenuhnya hasil galian yang terdapat di Afrika Selatan sekaligus menutup peluang pekerjaan dan rezeki kepada orang yang berkulit hitam..Meskipun Afrika selatan dihuni oleh kebanyakan orang kulit hitam akan tetapi hak kerakyatan meraka telah dinafikan.

Hendrik Verwoerd merupakan dalang yang telah memperkenalkan dasar aparteid ini. Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati dan telah menyebabkan Neldon Mandela dan rakan-rakan telah menentang kerajaan tersebut dan beliau telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.


UNdang-UndanG ApArteid

Dasar aparteid ini telah melaksanakan beberapa undang-undang yang telah menimbulkan perbalahan dan diskriminasi orang kulit putih kepada orang kulit hitam. Antara undang-undang yang telah diperkenalkan ialah:
1)Setiap orang kulit putih tidak boleh berkahwin dengan orang kulit hitam dan perlu berkahwin hanya sekaum dengannya sahaja.
2)Setiap kaum selain dari orang kulit putih perlu tinggal di daerah yang berbeza dan tidak boleh tinggal dalam satu daerah yang sama..Perkara ini telah diwujudkan melalui homeland sistem yang mana kaum bantustan telah dipindahkan telah kawasan yang lain dari orang kulit putih.


Pembatalan DasAr ApArteiD


Pembatalan dasar apArteid bukan dibatalkan oleh orang kulit sendiri. Akan tetapi mereka telah didesak oleh berbagai pihak antarabangsa...
1) Pertamanya, kerajaan Afrika Selatan telah didesak oleh persatuan antarabangsa seperti PBB supaya membatalkan dasar aparteid. Mereka telah diboikot dari pelbagai aspek..Hal ini menyebabkan Presiden Afrika selatan ketika itu FW de Clerk mmebebaskan Nelson MAndela dan membatalkan dasar aparteid.
2)Kemudiannya,pelbagai rusuhan telah berlaku. Keadaan huru-hara dan tidak selamat untuk pelabur membuat pelaburan di situ. Keadaan untuk berdagang jugs tidak selamat kerana suasana yang tidak aman.
3)keterbukaan PArti nasionalis Afrika mengubah dasar untuk menjadikan Afrika selatan sebagai negara demokratik. Hal ini menyebabkan ANC yang dipimpin NElson Mandela berjaya memperjuangkan hak orang kulit hitam.

Dengan itu Afrika selatan telah bebas dari dasar aparteid dan menjadi negara demokratik. Sehubungan itu, kita sebagai rakyat Malaysia tidak harus mengikuti jejak langkah Afrika selatan dengan melakukan aparteid. Negara kita yang berbilang kaum ini perlu bersatu untuk memajukan negara dan mewujukan negara yang harmoni. Kita harus berbangga walaupun negara kita berbilang kaum tetapi tidak ad diskriminasi kaum dan peluang untuk berjaya diberi sama banyak...SeKian....

Thursday 26 April 2012

GaUtAma BudDha..

hullo.. hullo kengkawan yg disygi sekalian.. huhu.. bertemu kembali kte dlm blog titas ni.. huhu.. hari ni sye rasa mcm nk share crita psl Gautama Buddha la.. xtaw kenapa tiba2 terbekenan nk share crita psl dia.. mybe sbb suka sgt bila dgr Pn. Aisyah bercerita psl Gautama Buddha ni.. huhu.. kepada sesiapa yg x mengenalinya.. mari bersama2 kte berkenalan dgn salah sorg tokoh ini.. ^_^
Gautama Buddha
Gautama Buddha nama aslinya pangeran Siddhartha pendiri Agama Buddha, salah satu dari agama terbesar di dunia.Kawin pada umur enam belas tahun dengan sepupunya yang sebaya. Dibesarkan di dalam istana mewah, pangeran Siddhartha tak betah dengan hidup enak berleha-leha, dan dirundung rasa tidak puas yang amat. Dari jendela istana yang gemerlapan dia menjenguk ke luar dan tampak olehnya orang-orang miskin terkapar di jalan-jalan, makan pagi sore tidak, atau tidak mampu makan sama sekali.Siddhartha berpikir, keadaan ini mesti dirobah. Mesti terwujud makna hidup dalam arti kata yang sesungguhnya, dan bukan sekedar kesenangan yang bersifat sementara yang senantiasa dibayangi dengan penderitaan dan kematian.
Tatkala berumur dua puluh sembilan tahun, tak lama sesudah putra pertamanya lahir, Gautama mengambil keputusan dia mesti meninggalkan kehidupan istananya dan mengharnbakan diri kepada upaya mencari kebenaran sejati yang bukan sepuhan. Berpikir bukan sekedar berpikir, melainkan bertindak. Dengan lenggang kangkung dia tinggalkan istana, tanpa membawa serta anak-bini, tanpa membawa barang dan harta apa pun, dan menjadi gelandangan dengan tidak sepeser pun di kantong. Langkah pertama, untuk sementara waktu, dia menuntut ilmu dari orang-orang bijak yang ada saat itu dan sesudah merasa cukup mengantongi ilmu pengetahuan, dia sampai pada tingkat kesimpulan pemecahan masalah ketidakpuasan manusia.
Pokok ajaran Buddha dapat diringkas di dalam apa yang menurut istilah penganutnya "Empat kebajikan kebenaran:" pertama, kehidupan manusia itu pada dasarnya tidak bahagia; kedua, sebab-musabab ketidakbahagiaan ini adalah memikirkan kepentingan diri sendiri serta terbelenggu oleh nafsu; ketiga, pemikiran kepentingan diri sendiri dan nafsu dapat ditekan habis bilamana segala nafsu dan hasrat dapat ditiadakan, dalam ajaran Buddha disebut nirvana; keempat, menimbang benar, berpikir benar, berbicara benar, berbuat benar, cari nafkah benar, berusaha benar, mengingat benar, meditasi benar. Dapat ditarnbahkan Agama Buddha itu terbuka buat siapa saja, tak peduli dari ras apa pun dia, (ini yang membedakannya dengan Agama Hindu).

itu sahaja lah.. sedikit sebnyk yg sye dpt berkongsi dgn anda semua tentang Gautama Buddha ini.. harap anda semua terhibur..^_^

"TeoRI KeDAtaNGAn ISlam KE TanAH MElayu"

Bukti awal kedatangan dan penyebaran Islam di Nusantara bergantung kepada batu nisan dan bukti-bukti lain yang bertaburan di rantau ini. Contoh penting termasuk batu nisan yang ditemui di Champa sekitar awal abad ke 11M, batu nisan di Gresik, Jawa bertarikh akhir abad ke-11M dan Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303, rekod penempatan orang Islam di Majapahit dan kumpulan pedagang Islam di utara Tanah Melayu, serta pengislaman raja Pasai pada tahun 1282. Pada akhir abad ke-15, Islam sudah mengukuhkan kedudukan di Tanah Melayu, Sumatera, bahagian utara Pulau Jawa, Brunei dan Utara Borneo. Islam juga menembusi Maluku dan Sulu. Tidak ada jawapan yang tepat bagi memastikan siapakah yang pertama sekali menyebarkan Islam di Nusantara kerana tiada bukti sahih yang ditemui bagi memastikan bilakah tarikh kedatangan mereka dan golongan manakah yang terlebih dahulu menyebarkan Islam. Walau bagaimanapun, dengan berpandukan beberapa penemuan batu bersurat dan catatan sejarah yang dibaca, ahli-ahli sejarawan tempatan telah membuat pelbagai teori kedatangan Islam ke Nusantara . Berikut adalah teori yang dikatakan ahli sejarawan tempatan. 1)Teori Kedatangan Islam Secara Langsung Dari Tanah Arab
Berdasarkan catatan sejarah Cina yang menyebut bahawa pada abad ke-7 Masihi, orang-orang Arab telah sampai ke Tanah Jawa.Pada tahun 684, mereka telah mendirikan sebuah perkampungan di pantai barat Pulau Sumatera. Menurut satu catatan lagi, pada zaman pemerintahan khalifah Al-Makmun bin Harun Ar-Rashid, seorang nakhoda telah memimpin seramai 100 orang mubaligh dengan 1 orang dari kalangan mereka berketurunan Quraish belayar menuju ke Nusantara untuk menyebarkan Islam. Apabila mereka sampai di Perlak, mereka mengadap Raja Perlak, Acheh dan berjaya mengislamkan baginda.Baginda Raja Perlak mengahwinkan puterinya itu denagan mubaligh Quraish itu tadi sementara mubaligh lain berkahwin dengan wanita biasa. Hasl perkahwinan mubaligh Quraish dengan puteri raja tersebut,Allah kurniakan mereka seorang putera lalu diberi nama Syed Abdul Aziz yang kemudian menjadi Sultan Perlak.
Terdapat juga dalam satu catatan Barat menyebut bahawa pada tahun 1717 Masihi, sebuah angkatan laut Islam yang terdiri dari 35 buah kapal berlayar dari Tanah Arab menuju ke China. Dalam perjalanan ke China,kapa-kapal itu telah berhenti sebentar di Ceyloon di Sri Lanka, Srivijaya dan Palembang.Ketika mereka berhenti , mereka telah berdakwah dan menyebarkan agama Islam di situ.
2)Teori Kedatangan Islam Melalui India
Hubungan India dengan beberapa negara di Nusantara telah lama terjalin.Pada abad ke-13 Masihi, apabila kerajaan umat Islam di Arab menguasai bahagian barat dan timur India, mereka menjadikan Gujerat sebagai pangkalan penting bukan sahaja sebagai pelabuhan, bahkan sebagai pusat perhubungan antara timur dengan barat.
Dengan adanya kemudahan tersebut, saudagar-saudaugar Muslim dari Gujerat dikatakan sering berkunjung ke Nusantara untuk berdagang dan sekaligus menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk tempatan. Ada pendapat menyatakan kedatangan Islam ke Nusantara ialah melalui daerah Bengal yang terletak di Malabar, India bukan Gujerat. Bengal jatuh ke tangan umat Islam pada abad ke-13 Masihi lalu dijadikan pusat pengajian dan penyebaran ajaran Islam terulung di India. Ramai pelajar yang lulus di pusat pengajian tersebut merantau ke Nusantara untuk mengembangkan ajaran Islam bermazhab Syafie.Ramai daripada mereka berkahwin dengan wanita tempatan lalu menjadikan rumah mereka sebagai tempat mengaji Quran dan fardhu ain.Teori ini di sokong oleh Snouck Hurgronje.
3)Teori Kedatangan Islam Melalui China
Islam telah sampai ke Tanah Besar China sejak zaman Khalifah Uthman bin Affan lagi. Baginda telah menghantar seorang sahabat nabi yang bernama Saad bin Abi Waqas ke sana untuk menyebarkan agama Islam di negara China yang luas itu. Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyyah, Khalifah Al-Walid telah menghantar pasukan tenteranya ke sempadan Negeri China. Ketua pasukan tentera tersebut telah menghadap raja China dan berunding dengannya. Menurut catatan Cina, pada abad ke-9, ramai penduduk di sebelah selatan negara China khususnya Yunan,China telah memeluk Islam.
Pada suatu masa, berlaku huru hara di daerah Yunan tersebut, lalu ramai Muslim berhijrah ke Asia Tenggara. Antara mereka ada yang menetap di Champa,Kemboja dan ada juga yang menetap di Negeri Pantai Timur Tanah Melayu.Oleh sebab itulah,sesetengah seni bina masjid lama di Kelantan dan Demak,Indonesia mempunyai senibina Cina.
Sesetengah ahli sejarawan tempatan berpendapat kedatangan Islam ke Nusantara melalui China telah berlaku pada akhir abad ke-10 dengan awal abad ke-11.

"SeMaNgaT pATrIoTisME JanGAn DIaBaiKan"

Hai kwn2...selamat datang ke blog kami...dalam post kali ni, ktorg nk citer pasal semangat patriotisme...korg tau x semangat patriotisme tu???...msti la korg tau kn...semangat patriotisme tu ialah semangat cintakan negara kita..iaitu MALAYSIA yang hebat...tP KN....sekarang ni semangat patriotisme tu mcm da luntur skit...bkn sekadar kt bdk budak2 muda je TP org yg da besar2 pn same je...semua patut kne blame....x tau la knpe semangat tu da makin luntur...mgkin ni sebabnye kot : 1. Kurang kesedaran tentang kepentingan semangat patriotisme pada masa hadapan 2. Lebih mementingkan kekayaan hidup daripada menitikberatkan semangat patriotisme 3. Terlalu mengagungkan ideologi Barat 4. Kurang menekankan semangat patriotik di sekolah – pendidikan berorientasikan peperiksaan 5. Kempen kesedaran yang kurang berkesan - bermusim dan hangat-hangat tahi ayam
Dari apa yg ktorg dpt perhatikan...faktor yang ktorg tulis kt atas td la merupakan penyebab terbesar kelunturan semangat patriotisme kepada negara kita ni...xtau la kenape boleh jd mcm ni.....kita semua tau yang Malaysia mgkin tak sehebat negara maju yang lain...tp Malaysia lah tanah tumpah darah kita.seharusnya kita patut sayangkN NEGARA kita dan berusaha membawa negara kita ni setaraf dengan negara yang lain..
bak kata org berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan negara maju lain...
sekarang kami nk bgtau cara-cara untuk meningkatkan semangat patriotisme antara kita..antaranya: LANGKAH PEMUPUKAN SEMANGAT PATRIOTISME
1. Peranan ibu bapa – mempraktikkan semangat patriotisme untuk diteladani oleh anak-anak 2. Kempen berterusan dan efektif daripada kerajaan dan badan swasta 3. Penubuhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 4. Mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan semangat patriotisme di sekolah 5. Penekanan diberikan kepada kepentingan mempelajari sejarah negara 6.Menghormati Lagu Negaraku 7. Mendukung Prinsip Rukun Negara 8. Mengamalkan Perpaduan Dengan pengamalan dan praktis ke arah langkah2 tersebut, kami rasa itu sudah cukup untuk memupuk semangat patriotisme antara rakyat malaysia..jd la rakyat malaysia yang berbakti kepada negara yang tercinta....seorang cendekiawan pernah berkata... "JANGAN DITANYA APA YANG NEGARA BERI PADA KAMU, TAPI TANYALAH APA YANG KAMU BERIKAN PADA NEGARA".....jadi....renung2 kan dan selamat beramal....wassalam....;)

Thursday 19 April 2012

IBNU BATTUTA-PENGEMBARA TERMASYUR(SIRI 2)

Penjelajahan ke Empayar Byzantine, Golden Horde, Anatolia, Asia Tengah dan India Setelah setahun di Makkah, Ibn Battuta memutuskan untuk dengan Sultan Delhi, Muhammad bin Tughluq. Pada 1330 (atau 1332) beliau sampai di Anatolia, yang berada di bawah kerajaan Saljuk. Dari sana beliau menuju ke India. Beliau sampai ke pelabuhan Syria lathqiyah di Genoa dengan menaiki kapal dan mendarat di Alanya- kini Turki. Dengan menggunakan jalan darat beliau ke Konya dan kemudian ke Sinope di pantai Laut Hitam. Menyeberangi Laut Hitam, Ibn Battuta mendarat di Caffa (sekarang Feodosiya), di Crimea, dan memasuki tanah-tanah Golden Horde. Beliau membeli sebuah gerabak dan bergabung dengan kafilah Ozbeg milik Golden Horde's Khanmenuju ke Astrakhan di Sungai Volga. Tiba di Astrakhan, Putri Bayalun telah hamil dianggap haram putri Maharaja Byzantine Andronikos III Palaiologos, untuk kembali ke rumahnya di bandar Constantinople untuk melahirkan. Tiba di Constantinople pada akhir 1332 (atau 1334) dia bertemu dengan Maharaja Byzantine , Andronikos III Palaiologos. Dia melawat gereja Hagia Sophia. Setelah sebulan di situ, beliau menyelusuri kembali laluan ke Astrakhan kemudian melewati Kaspia dan Laut Aral menuju ke Bukhara dan Samarkand. Dari sana beliau ke selatan dan sampai di Afghanistan untuk menyeberang ke India. Kesultanan Delhi dari Dar al-Islam. Sultan Muhammad bin Tughluq telah membawa banyak sarjana Muslim dan pegawai untuk mengkonsolidasikan kawalannya. Sementara di Makkah, Ibn Battuta bekerja sebagai kadi ( hakim) atas lantikan sultan. Ibn Battuta berdalih hendak mengerjakan haji. Tetapi Sultan memintanya untuk menjadi duta ke Dinasti Yuan China.
Penjelajahan ke China & Asia Tenggara Dalam perjalanan rombongannya telah diserang oleh Hindu. Beliau telah dirompak dan hampir kehilangan nyawa. Beliau meneruskan perjalanan ke Khambhat (Cambay). Dari sana, mereka belayar ke Kozhikode (Calicut) (dua abad kemudian, Vasco da Gama juga mendarat di tempat yang sama). Ibn Battuta melawat sebuah masjid di tepi pantai ketika ribut taufan. Salah satu kapal ekspedisi tenggelam. Beliau telah ditawan oleh seorang raja tempatan di Sumatera beberapa bulan kemudian. Takut untuk kembali ke Delhi dalam kegagalan, beliau tinggal lama di selatan India di bawah perlindungan Jamal-ud-Din. Jamal-ud-Din penguasa kecil tapi kuat Nawayath kesultanan di tepi Sungai Sharavathi di pantai Laut Arab.Sekarang dikenali sebagai Hosapattana di Honavar Tehsil, Kannada. . Apabila Kesultanan diguling , Ibn Battuta telah meninggalkan India.Beliau memutuskan untuk meneruskan ekspidisi ke China dan dalam perjalanan telah singgah di pulau Maldives. Beliau telah menetap selama sembilan bulan di Kepulauan Maldive . Penduduk pulau itu baru sahaja meganut ajaranIslam. Beliau juga dilantik menjadi ketua hakim dan berkahwin dengan keluarga diraja Omar dan terlibat dalam politik tempatan .Dilihatnya wanita tempatan tanpa pakaian di atas pinggang .Kemudian beliau pergi ke Sri Lanka dan melawat Puncak Adam. Dari Sri Lanka, kapalnya hampir tenggelam akibat ribut dan dia diserang oleh lanun.Beliau kembali ke Kozhikode (Calcutta) dan kemudian belayar ke Maldives sekali lagi sebelum sampai ke Dinasti Mongol Yuan China. Kali ini beliau berjaya sampai di Chittagong, Sumatera, Vietnam, Filipina dan akhirnya Quanzhou di daerah Fujian , China. Dari sana, beliau pergi ke utara Hangzhou, tidak jauh dari Shanghai moden. Dia melalui terusan besar ke Beijing.
Penjelajahan ke Andalusia dan Afrika Utara Setelah beberapa hari di Tangier, Ibn Battuta berangkat ke Andalusia. Alfonso XI dari Kastilia dan León mengancam mengambil Gibraltar.Ibn Battuta bergabung dengan sekelompok umat Islam meninggalkan Tangier untuk berperang demi mempertahankan pelabuhan Gibraltar. Alfonso dapat dibunuh dan ancaman telah surut. Beliau berjalan melalui Valencia dan akhirnya sampai di Granada. Ketika beliau meninggalkan Andalusia, beliau memutuskan untuk berhenti di Marrakech , yang hampir menjadi bandar hantu akibat beberapa wabak penyakit .Ibukotanya telah dipindahkan ke Fez. Sekali lagi beliau kembali ke Tangier, dan ia berpindah sekali lagi. Dua tahun kemudian beliau pergi ke Kaherah .Beliau berhasrat mengunjungi kerajaan Muslim di seberang Gurun Sahara.
Penjelajahan ke Sahara , Mali dan Timbuktu Pada musim gugur 1351, Ibn Battuta meninggalkan Fez dan membeli beberapa unta dan tinggal selama empat bulan disana. Pada Februari 1352 , setelah 25 hari perjalanan beliau tiba di lombong garam di Taghaza.Bangunan-bagunan dibina daripada bongkah garam oleh hamba dari suku Masufa, yang bekerja memotong bongkah garam. Garam diangkut dengan menggunakan unta. Taghaza adalah pusat komersil dan memiliki banyak emas .Ibn Battuta tidak tertarik kerana tempat itu hanya ada air payau dihurungi lalat. Selepas 10 hari tinggal di Taghaza beliau dan kafilah berangkat ke oasis Tasarahla (mungkin Bir al-Ksaib). Beliau berhenti selama 3 hari dan berjalan kaki melintasi gurun pasir yang luas. Dari Tasarahla sampai ke bandar oasis Oualata dan beliau mengambil air untuk kafilah yang dahaga. Oualata terletak di hujung selatan jalan perdagangan ke Empayar Mali. Kafilah beliau menyeberangi 1.600 km selama 2 bulan dari padang pasir dari Sijilmasa. Kemuian dia berangkat ke barat daya Sungai Nil @(sebenarnya Sungai Niger) dan tiba di ibu negara Empayar Mali.Dia bertemu Mansa Sulaiman, raja sejak 1341. Ibn Battuta melihat hamba perempuan , pelayan, dan bahkan anak-anak perempuan sultan yang masih telanjang bulat. Pada bulan Februari ,dengan menaiki beliau unta sampai di Timbuktu yang pada masa itu kecil sahaja. Ibn Battuta dengan menaiki perahu pergi ke Gao selama satu bulan. Beliau menerima mesej daripada Sultan Maghribi memerintahkan beliau pulang. Beliau berangkat ke Sijilmasa pada September 1353 dan sampai di Maghribi pada awal tahun 1354.
Catatan pengembaraan-Rihla Setelah pulang ke rumah dari perjalanannya pada 1354 dan di atas dorongan Sultan Maghribi, Abu Inan Faris, Ibnu Battuta menulis catatan perjalanan kepada Ibnu Juzayy, seorang sarjana yang beliau pernah bertemu di Grenada. Catatan ini adalah sumber maklumat tentang kembaranya dengan tajuk 'Rihla' atau "The Journey". Ibn Battuta membuat catatan selama 29 tahun berdasarkan ingatan dan naskah terdahulu. Ketika menjelaskan Damsyik, Makkah, Madinah dan beberapa tempat-tempat lain di Timur Tengah adalah berdasarkan catatan Ibn Jubayr.Gambaran tempat di Palestin jelas disalin daripada catatan musafir abad ke-13 Muhammad al-Abdari. Ramai orientalis tidak percaya bahawa Ibn Battuta melawat semua tempat yang beliau gambarkan. Ibn Battuta bergantung kepada khabar angin dan pengembara dahulu. Contohnya Ibn Battuta melakukan perjalanan di Sungai Volga .Orientalis juga mempersoalkan apakah dia benar-benar melawat China. Namun beliau berjaya menggambarkan seluruh dunia pada abad ke-14. Ibn Battuta sering mengalami kejutan budaya di banyak tempat yang tidak sesuai dengan dengan latar belakang muslim ortodoks. Di Turki dan Mongol, beliau hairan melihat wanita bebas bercakap. Bahawa lelaki-lelaki adalah pelayan wanita tetapi sebenarnya adalah suaminya.Adat pakaian di Maldives dan di sub-Sahara di Afrika terlalu mendedahkan. Setelah selesainya Rihla pada 1355, hanya sedikit yang diketahui tentang kehidupan Ibnu Battuta. Beliau dilantik menjadi hakim di Maghribi dan meninggal dunia pada tahun 1368 atau 1369.
Pada awal 1800-an bukunya diterbitkan dalam Bahasa Jerman dan Inggeris berdasarkan manuskrip yang dijumpai di Timur Tengah yang mengandungi versi pendek Arab Ibnu Juzayy . Ketika tentera Perancis menduduki Algeria pada 1830-an, mereka menemui lima naskah Constantine termasuk dua yang mengandungi versi lebih lengkap .Naskah ini dibawa kembali ke Bibliothèque Nationale di Paris dan dipelajari oleh sarjana Perancis, Charles Defrémery dan Beniamino Sanguinetti. Pada 1853, mereka menerbitkan siri daripada empat jilid mengandungi teks arab dan diterjemah ke dalam Bahasa Perancis.
Sekarang telah diterjemahkan kepada banyak bahasa lain.Ibn Battuta melakukan perjalanan hampir 75.000 batu dalam hidupnya.

IBNU BATTUTA-PENGEMBARA TERMASYUR(SIRI 1)

Abu Abdullah Muhammad Ibn Battuta (Bahasa Arab: أبو عبد الله محمد ابن بطوطة) (lahir 24 Februari 1304 - 1369) merupakan seorang Berber Maghribi dari golongan Muslim Sunni. Beliau merupakan cendiakawan dan ulama Mazhab Maliki, dan kadang-kalanya berkhidmat sebagai Qadi atau hakim. Walaubagaimana pun beliau tersohor sebagai penjelajah dan pengembara dan menulis mengenai pengembaraanya selama hampir 30 tahun merangkumi lebih kurang 117,000 km. Penjelajahannya meliputi daerah yang sekarang merupakan Afrika Barat hingga ke Pakistan, India, Maldives, Sri Lanka, Asia Tenggara dan China, jarak yang jauh lebih hebat dari Marco Polo yang hidup hampir seera dengan beliau.Ibn Battuta dilahirkan di Tangier, Maghribi, pada 24 Februari 1304 era Dinasti Marinid.Beliau mempelajari mazhab Sunni Maliki di Afrika Utara.Pada Jun 1325,ketika beliau berumur 21 tahun, Ibn Battuta mengerjakan Haji di Mekah yang mengambil masa 16 bulan.Sejak itu beliau mengembara selama 24 tahun. Perjalanannya ke Mekah adalah melalui jalan darat mengikuti pantai Afrika Utara menyeberangi Kesultanan Abd al-Wadid dan Hafsid. Beliau melewati Tlemcen, Bejaia dan kemudian ke Tunisia di mana beliau tinggal selama dua bulan. Beliau biasanya memilih untuk bergabung dengan sebuah karavan untuk mengurangkan risiko daripada diserang. Di bandar Sfax, beliau berkahwin untuk pertama kalinya.
Pada awal 1326, selepas perjalanan lebih dari 3.500 km , Ibn Battuta tiba di Pelabuhan Iskandariahsemasa pemerintahan kerajaan Mamluk Bahri. Kemudian mengembara ke pedalaman Kaherah , sebuah bandar penting ketika itu.Beliau tinggal di situ selama sebulan. Beliau berpusing-pusing ke Mekah,ke Lembah Nil,ke Laut Merah serta ke Pelabuhan Aydhab.Kemudian beliau berhadapan dengan pemberontakan tempatan.Beliau kembali ke Kaherah. Seterusnya beliau menuju ke Damsyik yang dikuasai oleh Mamluk. Beliau berjumpa dengan seorang lelaki alim yang mencadangkan beliau pergi ke Makkah melalui Syria. Perjalanannya melalui Hebron, Baitulmuqaddis dan Betlehem . Ketika di bulan Ramadhan beliau berada di Damsyik bersama-sama dengan sebuah kafilah dan telah berada sejauh 1500 km dari Damsyik ke Madinah iaitu lokasi makam Nabi Islam Muhammad. Setelah 4 hari berada di bandar, beliau meneruskan perjalanan menuju ke Mekah. Beliau mengerjakan haji di Mekah dan mendapat gelaran Haji. Seterusnya beliau menuju ke Ilkhanate yang terletak di antara Iraq dan Iran.Pada 17 November 1326, dia bersama kafilah besar , dari Semenanjung Arab menuju ke Iraq. Mulanya menuju ke utara Madinah. Pada malam hari, menuju ke timur laut di Dataran Nejd / Najaf selama 44 hari perjalanan. Di Najaf dia mengunjungi makam Ali bin Abi Talib iaitu Khulafa Rasyidin ke-4. Tempat ini sangat dihirmati oleh penganut mazhabSyiah. Terus ke Baghdad dengan kafilah.Ibn Battuta menuju ke Parsi. Dari Najaf dia menuju ke Sungai Tigris dan ke Basra. Seterusnya sampai di Kota Isfahan di Banjaran Zagros di Parsi. Dia menuju selatan ke Syiraz, sebuah bandar berkembang dan terhindar dari seragngan Mongol di utara. Akhirnya, dia kembali melintasi pergunungan dan tiba di Baghdad pada bulan Jun 1327. Bandar itu rosak teruk akibat serangan tentera Hulagu Khan. Di Baghdad beliau mendapati bahawa Abu Sa'id bersatu dengan Ilkhanid. Ibn Battuta mengembara lagi ke Tabriz dan menuju ke Jalur Sutra. Dia kembali lagi ke Baghdad pada bulan Julai. Dia menyusur Sungai Tigris dan tiba di Mosul, kemudian Cizre dan Mardin kini di dalam Turki. Seterusnya melintasi Gurun Arab ke Mekah. Ibn Battuta sakit dan letih untuk mengerjakan haji kedua.
Ibn Battuta tinggal selama beberapa waktu di Mekah. Dari September 1327 hingga musim gugur 1330. Beliau telah menghabiskan waktu hanya satu tahun dan pergi selepas menunaikan Haji pada 1328. Pada 1328 (atau 1330) dari Mekah, beliau menuju ke Pelabuhan Jeddah di pantai Laut Merah. Dengan menaiki beliau perahu di sampai di Yaman , melawat Zabid. Kemudian Dataran Ta'izz di mana beliau bertemu dengan Rasulid Malik (raja) Mujahid Nuruddin Ali. Ibn Battuta turut melawat Sana'a tetapi fakta ini diragui. Dari Ta'izz beliau pergi ke Pelabuhan Aden pada 1329. Aden merupakan pusat transit perdagangan antara India dan Eropah. Di Aden, beliau memulakan kapal pertama menuju ke Zeila di pantai Afrika Teluk Aden . Seterusnya ke Cape Guardafui dan menyusuri pantai Afrika Timur. Menghabiskan masa seminggu di setiap destinasi. Beliau melawat Mogadishu, Mombasa, Zanzibar, dan Kilwa. Dengan kapal itu beliau kembali belayar pulang ke Arab Saudi dan melawat Oman serta Selat Hormuz. Beliau kemudian kembali ke Mekah untuk haji dari 1330 (atau 1332).

Thursday 29 March 2012

..DeFiNiSI tAmAdUN..

Ini adalah entry pertama kitorg.. rasa macam nerves pn ada gak.. hahaha... tp xpa.. kitorg cuba buat yg terbaik ntok anda semua.. hahah.. okie.. ntk entry yg pertama ni.. kitorg nk memperkenalkan kepada anda semua apa itu definisi tamadun dan sewaktu dengan nya.. jomm usha.....^_^
Secara umum: tamadun bermaksud pencapaian kemajuan dlm aspek kerohanian dan jasmani sesuatu masyarakat yg mberi fokus dr sudut ilmu & fizikal. Definisi secara bahasa : Civilization (English) : bermakna bandar (merujuk kpd budaya manusia yg kompleks yg memiliki sains & teknologi serta mmpunyai pengkhususan pekerjaan. Madaniyyah, tamadun, hadarah dan umran (Bhs Arab) = - Umran : penempatan yg didiami,tempt tinggal, subur dan bekembang maju hadarah = tanah yg diusahakn,kampung, kota atau bandar. tamadun (Arab moden) = memenuhi ciri2 kehidupan di bandar bagi menggambarkn msyrkt yg bertamadun. madaniyyah atau mudun = memiliki ciri2 tamadun.
harap anda semua terhibur dgn entry kami yg pertama ni.. klu ada silap dan salah harap dimaafkn.. kerana kami bdk baru blaja.. hahaha.... sekian~