Followers

Wednesday 30 May 2012

"DaSaR ApaRtEid"-MemEcaH-BElahkan Kaum

Hullo..haha...okeY..pada hari ni kami nak memberi sedikit info tentang dasar apertied...(eh...ap mende tu??)...dasar apertied ni merupakan suatu bentuk isu perkauman yang mana telah mewujudkan jurang antara kaum...Asal-asal wujudnya dasar ini ialah di Afrika Selatan yang mana orang kulit putih di negara itu telah mendiskriminasi orang kulit hitam disana..nk tau lg??bace smpai abis la....
Definisi Aperteid


Aparteid bermaksud penyisihan dalam bahasa Afrikaans. Di Afrika Selatan, aparteid merujuk kepada pemisahan kaum kulit putih dari kaum bukan kulit putih. Hendrik Frensch Verwoerd iaitu perdana menteri Afrika Selatan ke-7, terkenal sebagai arkitek aparteid dan telah melaksanakannya secara berleluasa sewaktu pemerintahannya. Dalam dasar Aparteid, kaum bukan kulit putih dianggap sebagai lebih rendah dan diberi layanan kelas kedua dari segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan. Semua bentuk diskriminasi perkauman adalah sah dari segi undang-undang dan undang-undang telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah kulit putih untuk memastikan kekuasaan atau dominasi mereka ke atas kaum majoriti iaitu kaum kulit hitam.

Dasar ini telah dilaksanakan dalam beberapa siri undang-undang perkauman di Afrika Selatan antara tahun 1948 hingga 1991. Dibawah dasar ini, rasisme telah dibenarkan dan ia menyentuh segala aspek kehidupan termasuklah larangan perkahwinan antara kulit putih dengan bukan kulit putih, tempat larangan untuk bangsa bukan kulit putih dan pekerjaan yang dikhaskan untuk orang berkulit putih sahaja. Kaum kulit hitam telah dipindahkan secara beramai-ramai ke beberapa buah "negara" yang dipanggil bantustan atau "homelands", supaya mereka hilang hak mengundi dan hak kerakyatan yang lain. Tindak-tanduk regim Aparteid jelas sekali bertentangan dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia.

Pada 1950, Akta Pendaftaran Penduduk menghendaki semua penduduk Afrika Selatan untuk diklasifikasikan kepada tiga kumpulan: putih, hitam (orang Afrika), atau berwarna (darah campur). Kumpulan berwarna termasuklah kumpulan India dan Asia. Jabatan Dalam Negeri adalah bertanggungjawab dalam menentukan klasifikasi ini dilaksanakan. Mereka yang menentang undang-undang perkauman akan dikenakan hukuman yang teruk. Semua penduduk kulit hitam diwajibkan membawa "pass book" sejenis kad pengenalan yang mengandungi cap jari, foto dan maklumat lain untuk memasuki kawasan kulit putih. Peristiwa berdarah di Sharpeville pada Mac, 1960 adalah disebabkan penentangan warga kulit hitam terhadap undang-undang tersebut. Lebihkurang 69 pemberontak terkorban sewaktu rusuhan itu.

Dasar aparteid akhirnya dimansuhkan pada 1994 apabila Nelson Mandela menjadi presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan. Namun demikian sehingga ke hari ini, kesannya telah mengakibatkan jurang pendapatan yang sangat ketara di antara kaum kulit putih dengan kulit hitam di negara ini.


SejaRah Aparteid


Polisi apertied mula dilaksanakan setelah Parti Nasionalais Afrika yang dibarisi oleh majoriti orang-orang kulit putih memenangi pilihan raya yang telah dianjurkan. Sebaik sahaja memegang tampuk pemerintahan Parti tersebut telah memperkenalkan polisi Aparteid. Ini adalah kerana mereka ingin memperkukuhkan kuasa mereka dalam pemerintahan sekaligus menguasai ekonomi dan sosial di Afrika selata(jahat giler!!)...Jadi dengan ini mereka dapat menguasai sepenuhnya hasil galian yang terdapat di Afrika Selatan sekaligus menutup peluang pekerjaan dan rezeki kepada orang yang berkulit hitam..Meskipun Afrika selatan dihuni oleh kebanyakan orang kulit hitam akan tetapi hak kerakyatan meraka telah dinafikan.

Hendrik Verwoerd merupakan dalang yang telah memperkenalkan dasar aparteid ini. Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati dan telah menyebabkan Neldon Mandela dan rakan-rakan telah menentang kerajaan tersebut dan beliau telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.


UNdang-UndanG ApArteid

Dasar aparteid ini telah melaksanakan beberapa undang-undang yang telah menimbulkan perbalahan dan diskriminasi orang kulit putih kepada orang kulit hitam. Antara undang-undang yang telah diperkenalkan ialah:
1)Setiap orang kulit putih tidak boleh berkahwin dengan orang kulit hitam dan perlu berkahwin hanya sekaum dengannya sahaja.
2)Setiap kaum selain dari orang kulit putih perlu tinggal di daerah yang berbeza dan tidak boleh tinggal dalam satu daerah yang sama..Perkara ini telah diwujudkan melalui homeland sistem yang mana kaum bantustan telah dipindahkan telah kawasan yang lain dari orang kulit putih.


Pembatalan DasAr ApArteiD


Pembatalan dasar apArteid bukan dibatalkan oleh orang kulit sendiri. Akan tetapi mereka telah didesak oleh berbagai pihak antarabangsa...
1) Pertamanya, kerajaan Afrika Selatan telah didesak oleh persatuan antarabangsa seperti PBB supaya membatalkan dasar aparteid. Mereka telah diboikot dari pelbagai aspek..Hal ini menyebabkan Presiden Afrika selatan ketika itu FW de Clerk mmebebaskan Nelson MAndela dan membatalkan dasar aparteid.
2)Kemudiannya,pelbagai rusuhan telah berlaku. Keadaan huru-hara dan tidak selamat untuk pelabur membuat pelaburan di situ. Keadaan untuk berdagang jugs tidak selamat kerana suasana yang tidak aman.
3)keterbukaan PArti nasionalis Afrika mengubah dasar untuk menjadikan Afrika selatan sebagai negara demokratik. Hal ini menyebabkan ANC yang dipimpin NElson Mandela berjaya memperjuangkan hak orang kulit hitam.

Dengan itu Afrika selatan telah bebas dari dasar aparteid dan menjadi negara demokratik. Sehubungan itu, kita sebagai rakyat Malaysia tidak harus mengikuti jejak langkah Afrika selatan dengan melakukan aparteid. Negara kita yang berbilang kaum ini perlu bersatu untuk memajukan negara dan mewujukan negara yang harmoni. Kita harus berbangga walaupun negara kita berbilang kaum tetapi tidak ad diskriminasi kaum dan peluang untuk berjaya diberi sama banyak...SeKian....

No comments:

Post a Comment